Thursday, August 11, 2011

Tokoh-tokoh Matematik

Posted on 6:11 PM by Mohd. Naim

Dalam dunia Matematik, terdapat beberapa orang tokoh yang terkenal dengan bidang mereka masing-masing. Antaranya termasuklah Rene' Descartes, Omar Khayyam dan Archimedes.




Rene' Descartes (1596 - 1650) merupakan seorang ahli Matematik yang telah banyak mencipta teori dalam cabang geometri koordinat. Menurut beliau, adalah mencukupi untuk melukis satu garis lurus jika panjangnya diketahui. Graf dilukis pada garis Cartesian yang mengandungi satu set pasangan tertib (x, y). Beliau dikatakan mendapat idea mengenai koordinat ketika sedang berbaring di biliknya dan memerhatikan sarang labah-labah di siling biliknya. 




Omar Khayyam ataupun nama sebenarnya Ghiyath al-Din Abdul Fateh Omar Ibn Ibrahim al-Khayyam (1048 - 1131) pula telah memberi sumbangan terbesar dalam bidang Algebra. Beliau pernah membuat percubaan dalam mengklasifikasikan kebanyakan persamaan algebra termasuk persamaan darjah ketiga. 


Malah beliau juga menawarkan beberapa penyelesaian untuk beberapa masalah algebra. Ini termasuklah penyelesaian geometrik bagi persamaan kiub dan sebahagian daripada penyelesaian kebanyakan persamaan lain.

Bukunya `Mazalat fi al-Jabr wa al-Muqabila’ adalah karya agungnya dalam bidang algebra dan sangat penting dalam perkembangan      algebra. Pengklasifikasian persamaan yang dilakukan oleh Omar Khayyam adalah berasaskan kerumitan sesuatu persamaan.
Omar Khayyam telah mengenal pasti 13 jenis bentuk persamaan kiub. Kaedah penyelesaian persamaan yang digunakan oleh Omar Khayyam adalah bersifat geometrikal.
Dalam bidang geometri pula, beliau banyak membuat kajian-kajian yang menjurus kepada pembentukan teori garisan selari. Beliau juga pernah diarahkan oleh Sultan Saljuq - Malikshah Jalal al-Din untuk bekerja di balai cerap. Di sana, beliau ditugas untuk menentukan   kalendar solat yang tepat. Khayyam berjaya memperkenalkan kalendar yang hampir-hampir tepat dan dinamakan Al-Tarikh-al- Jalali.

Archimedes (287 - 212 SM) merupakan pencipta kepada hukum hidrostatik Archimedes, takal, skru dan penggunaan Pi. Dilahirkan pada 287 SM dan meninggal pada tahun 212 SM ketika perang kerana dibunuh oleh tentera Rom. Beliau mendapat pendidikan di Alexandria, di Sekolah Euklid. Beliau telah diajar mengenai Kalkulus dan dianggap sebagai 'Bapa Kalkulus' kerana sumbangannya yang sangat banyak dalam bidang itu.

No Response to "Tokoh-tokoh Matematik"

Leave A Reply